Proses E6:

Soalan:

From: "kamal ahmad" <fuad01@hotmail.com> To: raai@my-malaysia.com Subject: PR0SES E6 Date: Wed, 09 Feb 2000 20:08:30 PST

Asalammualaikum,

Saya yakin En.Raai seorang ahli foto yang berpengalaman jadi boleh tak En Raai menjelaskan pada saya serba sedikit berkenaan proses E6 (untuk slaid) dan bahan yang digunakan.Terima Kasih.


Jawapan:

Waalaikummussalam,

Terima kasih dengan soalan ini, dan amat baik sekali. Saya memang bercadang untuk mengadakan tajuk ini. Tapi belum sempat nak scan foto dan gambarajah.

Jika saudara pernah memperoses filem hitam putih amat mudah saya terang untuk saudara faham. Kerana proses E6 mudah dan boleh dilakukan dalam bilik gelap biasa atau jika rumah saudara ada ruang untuk kerja-kerja ini. Elakkan dari diganggu oleh kanak-kanak. Jika saudara tidak memiliki bilik gelap bolehlah gunakan Changing Beg untuk looding filem ke dalam Developing Tank.

Gunakan developing tank yang biasa jika saudara hanya seorang amatur. Jika saudara hendak memperoses Slaid dalam jumlah yang banyak sila gunakan prosessor semi auto yang berjenama JOBO. Kosnya agak tinggi jika untuk kegunaan amatur. Saudara boleh menggunakan cara ini sama ada di field atau dimana saja.

Dapatkan Kit Developer yang reddy make dari kedai yang professional. Kaedahnya adalah seperti berikut:

Bil

Bahan Kimia

Masa Proses

Suhu

1.

Developer pertama

7 minit

38 C

2.

Bilas (wash)

1 minit

-

3.

Bilas

1 minit

-

4.

Reversh Bath

2 minit

-

5.

Colour Developer

6 minit

-

6.

Conditioner

2 minit

-

7.

Bleach

7 minit

-

8.

Fixer

4 minit

-

9.

Basuh (Wash)

6 minit

-

10.

Stabilizer

1 minit

-

 

(rujuk jadual di bawah)

Selepas dikeringkan dengan filem dryer atau hair dryer atau pun dengan hanya menggantung di tempat yang tidak berdebu saudara bolehlah memotong filem tadi dan di mountkan ke slaid mounting yang juga boleh diperolehi di kedai fotografi. Cara mounting ada dua cara, samada guna manual atau mesin.

Selamat mencuba dan terus berkunjung Web saya. Terima kasih atas kunjungan saudara.

Tank proseseor JOBO (Sumber katalog JOBO)